Ina adalah laman backup.
Sila ke Laman utama di

http://paspb2.blogspot.com

Tuesday, March 23, 2010

Musyidul Am bidas Ezam



KOTA BHARU, 23 Mac : Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas kenyataan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Mohd Nor yang menasihati beliau agar tidak terlalu taksub dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga boleh menyebabkan Menteri Besar Kelantan itu tidak dihormati oleh ahli PAS sendiri.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau menerima pandangan Ezam namun menyifatkan beliau lebih mengenali Anwar berbanding Ezam.

“Kalau dia kata dia kenal saya pun kenal. Tak usah pelik-pelik sangat. Saya boleh terima nasihat tapi kalau sampai peringkat saya tak kenal Anwar Ibrahim, saya bukan tak kenal dia, saya kenal masa ABIM lagi.

“Saya terima nasihat dia tapi jangan ubah banyak pandangan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ezam yang menasihati beliau supaya tidak terlalu ‘obses’ dengan Anwar yang mampu membuatkan beliau tidak dihormati oleh rakyat.

Menurut Ezam, Nik Aziz tidak seharusnya terperangkap dengan Anwar yang diketahui bijak mengatur perjalanan politiknya seperti mana beliau mempergunakan ulama, Yusof Qardawi bagi kepentingan diri.

Ezam dilaporkan melahirkan rasa bimbang pada masa akhir hayat Nik Aziz nanti orang akan hilang rasa hormat kepada beliau bukan sahaja di kalangan orang UMNO malah ahli PAS sendiri.

Nik Aziz bagaimanapun menempelak Ezam yang sebelum ini merupakan antara orang kanan Anwar.

“Kalau dia kenal Anwar, kenapa dia dulu dekati dan sekarang dia lawan. Itu tandanya dia tak kenal. Saya kenal sejak dulu sampai sekarang.

“Dia (Ezam) tak kenal sebab itu, sekali dia rapat, sekali dia marah,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Nik Aziz menyelar sikap Anggota Parlimen Melayu yang mengambil keputusan melompat parti dan memburuk-burukkan pemimpin mereka.

“Pemimpin Melayu patut malu kepada Cina. Tengok MCA dia bertengkar tapi dia tak buruk-burukkan pemimpin dia. MCA ada, MIC ada, PPP ada, Mahkal Sakti, dia buat parti dan dia mengundi. Ini cara yang bertamadun di dalam politik.

“Kita orang Melayu gunakan undi rakyat untuk keselesaan kita sendiri. Kalau benar-benar orang kita itu mahu berpolitik, tak mahu kepada parti sama ada kita buang ketua itu melalui usul tertentu atau letak jawatan dengan bertanding semula.

“Tapi kalau kita gunakan undi politik kepentingan peribadi ini bukan orang politik, ini gengster. Kalau saya, memang tak halal. Kalau saya jadi pengundi, orang ini saya sumpah dunia akhirat, saya sumpah dia, saya laknat dia,” katanya.SH

No comments:

There was an error in this gadget

testing

tajuk


testing123