Ina adalah laman backup.
Sila ke Laman utama di

http://paspb2.blogspot.com

Monday, March 15, 2010

Kerajaan Pakatan terbukti mampu urus ekonomi

KOTA SARANG SEMUT , 15 Mac : Bukti nyata Pakatan Rakyat (PR) mampu menguruskan ekonomi negeri ini dengan baik ialah apabila Kerajaan Negeri terus mampu bertahan meskipun mengalami kerugian sebanyak RM50 juta setelah mengurangkan bayaran cukai tanah sebaik mengambil alih pemerintahan dua tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, PR sememangnya mampu memerintah dengan baik jika diberi peluang.

“Ini yang sudah kita buktikan. Berbekalkan bajet hanya sebanyak RM180 juta sewaktu mengambil alih Kerajaan Negeri daripada Barisan Nasional (BN), kita masih mampu merencanakan projek yang menjurus kepada kemajuan rakyat di samping pembangunan yang berterusan berkat usaha Kerajaan Negeri menolak amalan rasuah dalam pentadbiran,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri kini sedang merungkai banyak ikatan perjanjian lama yang hanya menguntungkan segelintir pihak tertentu.

“Kita mahu ubah kepada perjanjian baru yang menguntungkan rakyat demi keadilan rakyat negeri ini yang membayar cukai setiap tahun,” katanya.

Menurutnya, pada 11 Mac lalu, beliau dikunjungi kerabat diraja Norway yang menyatakan hasrat mahu melabur di negeri ini dalam bidang akuakultur dengan nilai pelaburan RM400 juta.

“Jadi, dari sudut mana, UMNO dan BN menuduh kami tidak pandai membawa masuk pelaburan asing?”katanya.SH

No comments:

testing

tajuk


testing123