Ina adalah laman backup.
Sila ke Laman utama di

http://paspb2.blogspot.com

Tuesday, March 16, 2010

Kerajaan diminta bantu warga emas

KAMPUNG TAWAS , 16 Mac : Kerajaan diminta lebih peka dengan memberi perhatian serta sumbangan kepada warga emas dan rumah kebajikan orang-orang tua.

Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran berkata, sumbangan yang dihulurkan kepada warga emas adalah untuk meringankan beban harian mereka serta ianya merupakan satu-satunya peluang untuk menghargai jasa mereka.

“Adalah wajar untuk kita menghargai segala pengorbanan mereka dengan menghulurkan sedikit sumbangan sebagai tanda ingatan.

“Pemberian sumbangan kepada warga emas tidak sepatutnya terhenti dengan pemberian keperluan harian seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal malah harus dipertingkatkan dengan rawatan perubatan harian mereka,” katanya kepada Sinar Harian di sini kelmarin.

Beliau berkata, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menanggung keselesaan kesihatan mental dan fizikal warga emas di Malaysia.

Menurutnya, kerajaan patut bertanggungjawab untuk meningkatkan peruntukan bagi warga emas dan rumah orang tua.

Katanya, kerajaan juga harus memberikan bantuan perubatan kepada orang-orang tua dengan menghantar doktor dan jururawat yang terlatih khususnya untuk menjalankan rawatan di rumah orang tua secara teratur.

Julai tahun lalu, sebuah laporan Starprobe telah membawa kepada pengetahuan masyarakat bahawa peningkatan bilangan warga emas yang dihantar atau boleh dikatakan dibuang ke hospital dan terbiar di jalan raya.

Walau bagaimanapun kerajaan mempunyai kewajipan untuk menghentikan tindakan kejam seperti ini yang dilakukan kepada warga emas.

“Janganlah masalah ini menjadi masalah yang serius dan menggusarkan masyarakat.

“Di Singapura terdapat undang-undang di bawah Akta Penjagaan Orang Tua 1996 yang boleh membawa hukuman penjara sehingga enam bulan jika anak-anak mereka membiarkan orang tuanya,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia juga harus mengimplementasikan undang-undang seperti ini supaya dapat mengurangkan masalah ini berlanjutan.

“Kerajaan harus mempertimbangkan perkara ini dari segi perundangan dan kewangan untuk membantu individu daripada menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua.

“Bagi mereka yang meninggalkan orang tua mereka di hospital atau di jala nraya, mereka dihukum dengan menghantar mereka ke penjara,” katanya.SH

No comments:

testing

tajuk


testing123