Ina adalah laman backup.
Sila ke Laman utama di

http://paspb2.blogspot.com

Saturday, March 27, 2010

Laporan Utusan palsu


KUANTAN, 27 Mac :
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail semalam membuat laporan polis berikutan satu laporan akhbar tempatan yang mendakwa beliau keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Azan dalam laporannya berkata, akhbar Utusan Malaysia dengan sengaja mencetak tajuk ‘Bahtera siapa semakin bocor?’ dengan tujuan memburukkan namanya dan PKR.

Katanya, akhbar itu sengaja mencetak ruangan ralat dan menyatakan beliau tidak keluar dari PKR tetapi meletakkan semua jawatan dalam parti itu termasuk Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri dan Pengerusi Biro Keahlian Negeri.

“Kedua-dua laporan itu tidak benar dan hanya bertujuan menunjukkan bahawa saya ahli parlimen yang tidak bermoral, tidak berpegang kukuh kepada kepimpinan Ketua PKR dan tidak mempedulikan penduduk Indera Mahkota.

“Tulisan itu memberi implikasi sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan air muka dan maruah saya,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis mengenai perkara itu di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, semalam.

Azan berkata, kesan daripada tulisan itu menyebabkan beliau menerima pelbagai cemuhan selain menimbulkan kurang senang dalam kalangan penduduk tempatan.

Katanya, akibat tulisan itu juga menyebabkan reputasinya sebagai ahli parlimen terjejas dan dipandang rendah masyarakat.

“Akhbar itu dengan sengaja mencetak dengan gambar untuk memfitnah saya dan menjejaskan reputasi sebagai ahli Parlimen Indera Mahkota,” katanya.

Justeru, katanya, satu laporan polis dibuat kerana tidak berpuas hati mengenai laporan palsu yang diterbitkan akhbar berkenaan dan akan mengambil tindakan undang-undang berkaitan perkara itu.SH

No comments:

There was an error in this gadget

testing

tajuk


testing123