Ina adalah laman backup.
Sila ke Laman utama di

http://paspb2.blogspot.com

Tuesday, March 23, 2010

Pemimpin Umno bohong lagi


ALOR SETAR , 23 Mac : Kedah Corporation Berhad (KCB) menyangkal laporan sesetengah pihak yang mendakwa syarikat milik Kerajaan Negeri itu kerugian RM4 juta menerusi pelaburan dalam sektor pembalakan di Papua New Guinea (PNG).

Pengurus Besarnya, Alias Bahari berkata, projek pembalakan di PNG setakat ini berjalan lancar dan pihaknya yakin, pelaburan dalam bidang itu mampu membawa keuntungan bersih sehingga RM6 juta bagi syarikat.

“Tidak benar jika kata KCB rugi sehingga RM4 juta di PNG. Pelaburan kita pun baru RM2 juta saja dan kita sudah diberi kelulusan untuk membalak di kawasan seluas 43,000 hektar oleh pemerintah negara itu,” katanya.

Alias berkata, KCB sudah dipanggil oleh sebuah jawatankuasa khas yang ditubuhkan Exco Kerajaan Negeri bagi menguruskan hal ehwal syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk memberikan gambaran lebih jelas mengenai perkembangan projek itu.

“KCB sudah menandatangani perjanjian persefahaman dengan sebuah syarikat pembalakan terkemuka Asia, Hong Guan Corporation Limited untuk menjual hasil balak kepada syarikat itu pada 18 Februari lalu di Shanghai, China.

“Perjanjian itu merupakan asas penting kepada KCB untuk memastikan pelaburan dalam sektor pembalakan di PNG berbaloi,” katanya.

Beliau tidak menafikan, terdapat beberapa masalah teknikal yang perlu diatasi oleh syarikat itu bagi memastikan projek berkenaan dapat dilaksanakan.

“Kami yakin, masalah itu akan dapat diatasi segera dengan sokongan Kerajaan Negeri,” katanya.

Alias berkata, kejayaan pelaburan di PNG ini bakal menjadi penentu kepada usaha KCB untuk mengembangkan sayap dalam bidang perniagaan yang lain, memandangkan keuntungan yang diperolehi daripada hasil pembalakan itu akan digunakan untuk membiayai projek lain yang telah dirancang.

Diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang mendakwa, KCB sudah lari daripada objektif asal kerana membuat pelaburan di luar negara, Alias berkata, mana-mana syarikat berhak untuk mengubah hala tuju syarikatnya jika mempunyai perancangan yang lebih baik.

“Antara faktor mengapa KCB membuat pelaburan di luar negara adalah disebabkan kami sedar akan potensi pembalakan di PNG memandangkan negara itu merupakan satu-satunya negara yang membenarkan hasil balak dieskport ke luar negara dan nilai kayu balak kini mencecah RM792 per kubik, berbanding RM432 per kubik sebelum ini.

“Di samping itu, KCB merasakan keperluan untuk meneroka bidang perniagaan di luar negara memandangkan sudah terlalu banyak GLC di negeri ini terpaksa bersaing sesama sendiri berebut projek,”katanya.SH

No comments:

testing

tajuk


testing123