Ina adalah laman backup.
Sila ke Laman utama di

http://paspb2.blogspot.com

Monday, March 15, 2010

Mohsin perlu dapatkan mandat rakyat

IPOH , 15 Mac : Kenyataan Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri kelmarin, yang mengakui tidak akan sertai mana-mana parti, termasuk Barisan Nasional (BN) masih diragui kerana tidak menyebut tidak menyokong BN sama ada dalam atau luar Parlimen.

Ahli Majlis Syura Pas Pusat, Ahmad Awang berkata, beliau dan pengundi Parlimen Bagan Serai mahukan satu kenyataan atau kesahihan daripada Mohsin untuk tidak sokong atau sertai BN dan dalam masa sama mengeluarkan kenyataan menyokong Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, Mohsin juga perlu adil kepada rakyat di kawasannya dan diminta segera memberi penjelasan kepada rakyat.

“Kita akan tengok rentak dia, ke mana hala tuju dia selepas ini, sama ada mahu berjumpa rakyat menjelaskan keadaan sebenar ataupun tidak.

“Kalau dia ingat jawatan Ahli Parlimen yang disandangnya kini adalah hasil sokongan rakyat, seharusnya dia kembali kepada rakyat dan bertanyakan pada rakyat sama ada tindakannya boleh dimaafkan atau tidak.

“Jika rakyat tidak boleh menerima tindakan dia, seharusnya dia perlu sedar jalan terakhir adalah letak jawatan, bagi peluang kepada rakyat memilih pemimpin lain,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri yang tidak akan letak jawatan sehingga pilihan raya umum akan datang serta dalam masa sama tidak akan menyertai BN.

Sementara itu, solat hajat untuk Ahli Parlimen Bagan Serai itu sudah dilangsungkan bermula malam semalam, dan akan diteruskan sehingga genap tujuh hari di kawasan berlainan dalam Parlimen Bagan Serai.

Ahmad berkata, niat diteruskan untuk memberi kesedaran kepada Mohsin berhubung tindakannya keluar parti walaupun Ahli Parlimen berkenaan tidak melepaskan jawatannya.

Menurutnya, solat itu dilangsungkan bukan untuk meminta bala atau kecelakaan terhadap Mohsin, tetapi hanya untuk memberi kesedaran dan petunjuk supaya kembali kepada kebenaran.SH

No comments:

testing

tajuk


testing123