Ina adalah laman backup.
Sila ke Laman utama di

http://paspb2.blogspot.com

Wednesday, October 10, 2007

Terima kasih PAS

Parit Buntar : Itulah ucapan yang kedengaran di telinga petugas PAS Kawasan Parit Buntar semasa mengedarkan kad raya dan risalah penerangan PAS Pusat di pasar-pasar Ramadhan dalam Parit Buntar.

"Secara keseluruhannya respon orang ramai terhadap kad raya dan risalah penerangan adalah cukup baik .” Demikian kenyataan Sdr. Khairulzami Muhammad yang juga Ketua Pemuda PAS Parit Buntar.

Menurutnya lagi, walaupun agak lewat mendapat kad raya dan risalah berkenaan. Namun ia tidak menghalang PAS Kawasan Parit Buntar menyebarluaskan kad raya dan risalah ini dalam masa tiga hari sahaja.

Kita telah turun ke semua empat pasar Ramdhan di Parit Buntar iaitu di Pusat Bandar, Batu Lima, Kuala Kurau dan Tanjung Piandang. Kita juga telah mengagihkan kad raya kepada semua PAS Cawangan untuk di beri kepada pengundi BN dan atas pagar. Manakala di taman-taman perumahan kita telah lantik petugas memasukkannya ke dalam kotak surat dan telah dilaksanakan .” Katanya.

Setiausaha PAS Kawasan Parit Buntar berkata, PAS Kawasan Parit Buntar mengucapkan terima kasih kepada Lujnah Penerangan PAS Pusat kerana memberi percuma kad raya dan risalah kepada PAS Kawasan.

"Sebenarnya inilah hasrat kami di Parit Buntar, PAS Pusat menyediakan bahan kepada PAS Kawasan dan PAS Kawasan akan bertindak mengedarkannya dan yang lebih penting bahan penerangan ini akan lebih kemas dan selaras di seluruh negara. Dahulu bahan penerangan diusahakan mengikut kemampuan PAS Kawasan. Ada PAS Kawasan mampu dan ada kepakaran dan mungkin banyak yang tidak.”Jelasnya.

Menurutnya lagi, kini terpulang kepada PAS Kawasan untuk berusaha mengedarkannya. Sekiranya PAS Kawasan itu aktif, edarannya pasti meluas. Pembaziran akan berlaku jika PAS Kawasan tidak mengedarkanya secara bersungguh-sungguh.

Disini peranan bahagian penerangan dan gerak saraf Jabatan Pilihanraya Negeri memastikan edaran kad raya ini meluas dan tidak hanya bertapuk di bilik gerakan, pejabat atau markas kawasan.

Sdr. Adhan juga mengucapkan tahniah kepada Ketua Penerangan PAS yang baru Tuan Haji Mahfuz Omar dan Setiausahanya yang rajin Ust. MisbahulMunir bin Haji Masduki.

"Cuma saya ingin beri cadangan, risalah akan datang besarkan data atau angka dan banyakkan gambar supaya menarik dan mudah untuk dibaca serta difahami. Risalah baru ini sukar dibaca oleh penduduk luar bandar kerana terlalu panjang. Apa pun tahniah Tuan Haji Mahfuz , Ust. Misbah dan AJK Lujnah Penerangan PAS Pusat.”Katanya.

Sementara itu, En. Hamdan Fadel bin Ahmad Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Parit Buntar berharap Lujnah Penerangan PAS Pusat akan juga membekalkan kad Tahun Baru Cina kepada PAS Kawasan supaya semua PAS Kawasan dapat berinteraksi dengan orang Cina melalui pengedaran kad berkenaan.

"Jika Lujnah Penerangan PAS Pusat dapat bekalkan kad Tahun Baru Cina, legalah, kerana kami terpaksa keluarkan kos yang tinggi untuk lebih kurang 3000 kad Tahun Baru di Parit Buntar.”Jelasnya.

No comments:

testing

tajuk


testing123