Ina adalah laman backup.
Sila ke Laman utama di

http://paspb2.blogspot.com

Wednesday, October 10, 2007

Kebajikan rakyat : PAS buktikan di Parit Buntar

Kuala Kurau : PAS Kawasan Parit Buntar sekali lagi membuktikan keprihatinannya terhadap golongan yang kurang berkemampuan apabila menyumbangkan lebih RM 20 000.00 dalam bulan Ramadhan tahun ini. Setiausaha Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Sdr. Adhan bin Haji Abdul Rahim memberitahu sumbangan ini melebihi jumlah yang disumbangkan pada Ramadhan 1427 H sebanyak RM 16 000.00.

Bermula di awal Ramadhan, PAS Kawasan telah menyumbang kerusi roda kepada seorang warga tua yang kurang upaya di Kampung Kedah, kemudian telah membina semula dinding rumah sepasang warga tua yang runtuh di Parit Tok Ngah Darat.

PAS Kawasan juga mengadakan lawatan ke Hospital Parit Buntar memberi sumbangan kepada pesakit. Sumbangan paling besar adalah kepada golongan fakir dan miskin serta kurang berkemampuan bagi DUN Kuala Kurau dan DUN Titi Serong.

Majlis penyampaian sumbangan di DUN Kuala Kurau dan DUN Titi Serong disempurnakan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan, Timbalan Yang Dipertua serta kedua-dua Pengarah MTD. Sumbangan disampaikan berbentuk barang keperluan, sehelai kain batik atau pelikat dan wang ringgit.

Menurut Pengarah MTD Kuala Kurau Sdr. Bahrain bin Desa, hanya PAS satu-satunya parti pembangkang yang menjalankan program sebegini setiap tahun di kawasan Parit Buntar.

Walaupun program kebajikan di bulan Ramadhan tidak mendapat liputan berita dalam akhbar tetapi penduduk dalam DUN Kuala Kurau dan DUN Titi Serong mengetahui usaha PAS satu-satunya parti pembangkang yang menjalankan program kebajikan setiap tahun .” Katanya.

Seorang penerima sumbangan yang kurang upaya yang ditemui memberitahu PAS Kawasan kerap memberi sumbangan kepadanya bukan hanya di bulan Ramadhan.

PAS banyak ambil berat fasal Pak Cik, selalu PAS bagi bantuan kepada Pak Cik bukan bulan ini saja .” Jelasnya.

Mengulas mengenai program kebajikan PAS di Parit Buntar, seorang AJK PAS Kawasan menyatakan PAS Kawasan Parit Buntar bersungguh-sungguh bukan sahaja dalam program kebajikan tetapi juga gerak kerja pilihanraya sejak pilihanraya 2004 lagi.

Kita buat kerja bukan main-main, kita sungguh-sungguh tak kira kerja kebajikan ka, kerja pilihanraya ka. Dah banyak kita buktikan dalam gerak kerja pilihanraya. Kita bukan berteori di atas kertas tetapi kita praktikkan. Kita dah buat kerja lepas-lepas pilihanraya 2004 lagi .” Tegasnya.

Sementara itu, Pak Cik Mustapha bin Osman yang hanya tinggal bersama isterinya di Parit Tok Ngah Darat mengucapkan terima kasih kepada PAS Kawasan kerana membina semula dinding rumahnya yang runtuh dimakan anai-anai.

Dinding rumah yang runtuh itu telah dipasang semula dengan mengantikan kayu dan papan yang telah dimakan anai-anai dua hari selepas kejadian. Tindakan segera PAS Kawasan ini sekurang-kurangnya mengurangkan kesedihan kedua-dua warga tua ini menyambut Hari Lebaran.

Yang Dipertua PAS Kawasan Tuan Haji Harun Haji Hashim mengucapkan tahniah kepada Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Parit Buntar yang berjaya mengumpulkan dana kebajikan bagi meringankan kesusahan dan memberi sedikit kegembiraan kepada mereka yang memerlukan apabila Syawal menjelma.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang zakat dan derma yang bersama-sama menyumbang melalui Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Parit Buntar.

No comments:

testing

tajuk


testing123