Ina adalah laman backup.
Sila ke Laman utama di

http://paspb2.blogspot.com

Wednesday, March 3, 2010

21 anggota CC termasuk Timbalan Presiden MCA letak jawatan

KUALA LUMPUR, 4 Mac : Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai timbalan presiden MCA.

Pengumuman itu dibuat di Wisma MCA di Kuala Lumpur, hari ini.

Selain dirinya, Chua juga mengumumkan perletakan jawatan tujuh ahli jawatan kuasa pusat.

Mereka termasuk Datuk Seri Kong Cho Ha, Datuk Seri Tan Chai Ho, Loh Seng Kok, Datuk Chong Itt Chew, Datuk Gan Tian Loo, Tee Siew Keong dan Por Choo Chor.

Dengan perletakan jawatan itu, presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat kini tidak mempunyai banyak pilihan selain mengadakan pemilihan baru kepemimpinan parti.


Chua (kanan) juga menuntut pemilihan baru diadakan dalam tempoh sebulan untuk menyelesaikan krisis parti itu.

Sebelum ini, 13 anggota jawatankuasa pusat yang diketuai oleh Naib Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai turut berbuat demikian.

Ini bermakna 21 orang iaitu dua pertiga daripada anggota CC yang dipilih telah meletak jawatan bagi membolehkan pemilihan baru diadakan.

Sementara itu ketika ditanya sama ada beliau telah memberitahu presiden parti mengenai tindakannya itu, Chua berkata beliau tidak berbuat demikian.

Beliau juga meminta supaya mesyuarat agung tahunan MCA hujung minggu ini ditangguhkan.

"Peletakan jawatan ini adalah untuk memenuhi janji saya pada EGM (mesyuarat agung luar biasa) tahun lepas di mana saya telah mengutarakan pandangan bahawa kita mungkin perlu pemilihan baru agar kemelut parti dapat ditangani.

Kumpulan 13 juga letak jawatan

"Yang penting ialah parti bukannya soal pemimpin atau kepentingan diri melebihi parti," kata beliau.

Chua berkata sejak Januari hingga semalam, beliau telah menerima surat peletakan jawatan daripada tujuh anggota CC yang dipilih.

Dalam pada itu, Liow yang juga mengadakan sidang media berasingan di Wisma MCA berkata beliau telah menyerahkan surat perletakan jawatan 13 anggota jawatankuasa pusat MCA, termasuk dirinya kepada setiausaha agung parti itu, Datuk Wong Foon Meng.

Surat perletakan jawatan berkenaan bertarikh 3 Mac.

Mereka ialah Lee Wei Kiat, Dr Hou Kok Chung, Datuk Yu Chok Tow, Wong Nai Chee, Datuk Wee Jeck Seng, Datuk Dr Yeow Chai Thiam, Datuk Hoh Khai Mun, Datuk Liew Yuen Keong, Datuk Wong Mook Leong, Datuk Edward Khoo Keok Hai dan Datuk Alex Wong Siong Hwee.

Liow bagaimanapun menafikan kumpulannya berkomplot dengan Chua untuk memaksa pemilihan baru pucuk pimpinan MCA diadakan. Malaysiakini

Artikel penuh ...

Saya tidak keluar PKR - Yunus

PARIT BUNTAR, 4 Mac : Ahli dewan undangan Perak bagi kerusi Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari dengan keras menafikan khabar angin yang mendakwa beliau bakal meninggalkan PKR.


Sehubungan itu, beliau membidas Umno yang didakwanya punca segala tohmahan dan berita palsu berkenaan.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya saya akan keluar parti. Saya ingin beritahu Umno yang kami akan bekerja 24 jam sehari, tujuh hari seminggu bagi menjahanamkan mereka,” katanya ketika dihubungi.

Yunus berkata khabar angin itu sengaja ditaburkan oleh Umno sebaagi taktik serangan psikologi yang menggoncang Pakatan Rakyat, khusus PKR.

Beliau juga mendakwa sejak memenangi kerusi Kuala Kurau sejak dilantik Mac 2008, 'agen-agen Umno' sering kali cuba 'melamarnya' menyertai parti Melayu itu.

Sejak minggu lalu, blog-blog pro Barisan Nasional dan juga akhbar Cina menyiarkan spekulasi kononnya Yunus akan berpaling tadah.

Spekulasi semakin panas apabila MP Bagan Serai Mohsin Samsari mengumumkan tindakannya keluar dari PKR semalam.

Bagi membuktikan khabar angin itu tanpa asas, Yunus pagi ini juga terbabit dalam demonstrasi di pusat khidmat Mohsin yang ditutup hari ini.

Bantahan itu bagi membidas tindakan MP bagan Serai itu yang kini menjadi ahli bebas.

“Jika dia benar-benar berjuang untuk rakyat, dia (Mohsin) sepatutnya membuka pusat khidmatnya esok dan dia sendiri perlu mengendalikannya.”

Lebih 200 pengundi di Bagan Serai termasuk MP Parit Buntar Mujahid Yusuf Rawa (PAS) dan beberapa ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat dari Perak menyertai bantahan ini.Malaysiakini
Artikel penuh ...

Setiausaha Politik kelam kabut tarik balik laporan polis







KUALA TERENGGANU , 4 Mac : Walaupun berita mengenai Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Wan Ahmad Nizam Wan Hamid, mencekik dan menunjukkan pistol benar-benar berlaku, namun sukar untuk media perdana melaporkannya.

Ia adalah kerana tidak ada sebarang catatan yang dikesan dalam ‘sistem laporan polis’ kerana laporan yang dibuat oleh Mad Nizam telah ditarik balik.

Namun, persoalannya mengapa Mad Nizam menarik balik laporan tersebut?

Sekiranya kita melihat kembali gelagat Mad Nizam ketika menerima rombongan Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK), tidak munasabah Mad Nizam boleh menarik semula laporan polis yang dibuatnya

Pada masa yang sama, beliau menunjukkan pistol tersebut dalam keadaan mempertahankan diri, kerana beliau telah diserang oleh seseorang yang bersenjata (golok).

Malah dilaporkan, ‘siswa yang marah dan geram’ dengan perbuatan Mad Nizam mengeluarkan kata-kata kesat dan ‘mencekik’ lehernya itu, sudah pun menghayun ‘golok’ tersebut kearah Mad Nizam.

”Ruapa-rupanya, lesen atau permit menggunakan senjata api Mad Nizam ‘mampus’, sudah luput tarikh, bahkan ia sudah ‘mati’ sejak Mad Nizam tidak lagi menjadi wakil rakyat pada tahun 2008,”kata satu sumber kepada Buletinonline

Justeru, sebab itulah Mad Nizam kelam kabut menarik balik laporan polis dan kemudian berjaya memujuk keluarga siswa tersebut, yang turut menarik kembali laporan polis yang dibuat.

Sekiranya laporan tersebut diteruskan, sudah pasti cita-cita Mad Nizam untuk kembali bertanding dalam pilihanraya dan menjadi wakil rakyat akan tersejejas.

”Mad Nizam sedang ‘menyesuaikan’ diri dan bercita-cita untuk bertanding di DUN Chukai,”kata sumber tersebut lagi.Buletin Online
Artikel penuh ...

Tiga Exco Kedah mungkin gugur

ALOR SETAR , 4 Mac : Barisan Exco baru Kerajaan Negeri yang akan diumumkan minggu depan adalah gandingan mantap antara mereka yang berpengalaman dan juga golongan muda yang berpotensi.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, rombakan membabitkan tiga anggota Exco sedia ada, selain melantik muka baru setelah dibuat penilaian sepanjang dua tahun memegang portfolio masing-masing.

“Senarai itu sudah ada pada saya, tetapi selagi belum diperkenankan oleh Tuanku Sultan, senarai itu tidak boleh didedahkan. Tiada pertambahan portfolio tetapi mungkin akan dipecah-pecahkan, dan bertukar portfolio antara Exco,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, semalam.

Ditanya sama ada wakil DAP akan diberi peluang membarisi anggota Exco kali ini, Azizan enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu menimbulkan spekulasi.

“Yang itu saya tak dapat jawab Saya dah kaji sumbangan setiap Exco sedia ada selama dua tahun dari semua sudut. Keputusan ini adalah terbaik,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai rombakan yang perlu dibuat untuk memantapkan pentadbiran, Azizan berkata, mereka yang dilantik atau yang disenaraikan mampu memikul tanggung jawab yang diberikan, namun perlu disesuaikan dengan kemahiran masing-masing.

“Semua boleh pikul tanggungjawab itu, cuma kita mahu ada kesesuaian,” katanya.

Azizan dijangka mengumumkan barisan Exco baru Kedah pada 10 Mac ini. Exco Kedah dibarisi tiga wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan selebihnya Pas.

Beliau sendiri memegang portfolio Perancang Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Majlis Tindakan Negeri, Keselamatan Negeri dan Syarikat Milik Kerajaan (GLC).SH
Artikel penuh ...

MB Selangor tidak perlu bayar



PUTRAJAYA , 4 Mac : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak perlu membayar RM66.67 juta kepada Bank Islam Malaysia (BIMB) kerana Mahkamah Rayuan di sini, semalam, mengetepikan penghakiman terus yang diperoleh bank itu terhadap beliau kerana gagal melunaskan pinjaman Islam bagi membeli saham.

Hakim-hakim iaitu Datuk Zainun Ali, Datuk Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad sebulat suara membenarkan rayuan dengan kos Abdul Khalid.

Kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi kerana hakim memutuskan supaya isu-isu pada kes itu mesti dikemukakan pada satu perbicaraan penuh.

Semasa mengetepikan penghakiman terus itu, Zainun berkata, mahkamah berpendapat mengikut prinsip perbankan Islam, pendapat daripada pakar undang-undang Islam mengenai peraturan Islam mengenai kesahan transaksi, adalah diperlukan.

Terdapat dua saman difailkan berhubung kes itu, satu difailkan Abdul Khalid terhadap bank dan yang kedua saman balas bank terhadap Abdul Khalid.

Pada 21 Ogos tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dalam saman yang dikemukakan BIMB terhadap Abdul Khalid, membenarkan permohonan bank untuk mengemukakan penghakiman terus terhadap Abdul Khalid, mengarahkannya membayar RM66.67 juta kepada BIMB.

Satu penghakiman terus adalah satu keputusan akhir seseorang hakim yang menyelesaikan satu tuntutan mahkamah untuk memihak kepada salah satu pihak berkenaan. Satu usul untuk penghakiman terus dibuat setelah penemuan siap tetapi sebelum kes itu dibawa ke perbicaraan penuh.

Seorang daripada peguam Abdul Khalid, M Thomas Philip memberitahu media bahawa kedua-dua saman itu akan dibicarakan bersama di Mahkamah Tinggi, 15 Mac depan.

Dalam samannya terhadap BIMB, Abdul Khalid menuntut ganti rugi dan pengisytiharan, dengan mendakwa terdapat penjualan yang salah saham dalam Guthrie di bawah pinjaman Al-Bai Bithaman Ajil (BBA).

Abdul Khalid, yang ketika itu Ketua Pegawai Eksekutif Guthrie Berhad, mendakwa bahawa wujud kontrak kolateral antara beliau dan BIMB bersampingan dengan perjanjian kemudahan Al-Bai Bithaman Ajil (BBA) bertarikh 30 April, 2001.

Beliau mahu satu perisytiharan bahawa kemudahan BBA itu secara berasingan dan tanpa kontrak kolateral itu adalah batal. - Bernama
Artikel penuh ...

PKR akan lebih kuat setelah proses pemutihan







KUALA LUMPUR, 3 Mac : PKR akan menjadi parti yang lebih kuat setelah berlaku proses pemutihan dalam menghasilkan pemimpin yang mempunyai jati diri dan tidak berkepentingan peribadi selain memahami insprirasi gabungan PR yang mengutamakan keadilan dan ketelusan dalam segenap peringkat pengurusan dalam mengenengahkan politik pelbagai kaum.

Pengarah Strategik PKR, Tian Chua berkata proses pemutihan yang sedang melanda PKR merupakan satu proses biasa yang berlaku dalam mana-mana pertubuhan politik.

"Kita telah menduga akan berlaku beberapa pemimpin yang akan meninggalkan parti dengan sebeb beberapa tawaran menarik yang ditawarkan oleh BN kepada mama-mana pemimpin PKR ketika kes mahkamah Ketua Umum (Anwar) masih lagi berlangsung.

'Sudah tentu mana-mana pemimpin yang mempunyai kepentingan peribadi yang selama ini mengharapkan parti akan memberikan kekeyaan peribadi akan kecewa dengan dasar ketelusan yang mementingkan integriti dan bukannya dasar kronisme dan puak-puak.

" Kita berharap lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin yang mempunyai kepentingan peribadi atau mereka yang mengharapkan kekayaan peribadi meninggalkan parti supaya parti dapat mengenal pasti pemimpin yang berkualiti'" kata beliau yang juga AP Batu.

Menyentuh mengenai tindakan terbaru, AP Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri yang meletak jawatan hari ini dengan alasan tidak setuju dengan pendirian PKR berhubung isu Allah, Tian berkata semua pihak boleh memberikan seribu satu alasan.

"Tidak semua pihak bersetuju dengan apa yang telah diputuskan oleh parti tetapi sebagai sebuah pertubuhan segala keputusan majoriti parti perlu dipatuhi.

"Dizaman Nabi Muhammad dulu pun ketika perjanjian Hudaibiah ramai dikalangan para sahabat Nabi Muhammad tidak bersetuju dengan perjanjian tersebut tetapi tidak ada seorangpun dikalangan sahabat Nabi Muhammad meninggalkan Islam atau termakan pujukan kaum musrikin.

"Begitu juga dalam PKR sekarang, kita mahukan ahli dan pemimpin yang tulin dan bukannya pemimpin yang mudah dibeli dengan harta dan wang ringgit.

'Saya ucapkan terima kasih pada mana-mana yang telah meninggalkan parti dan saya tahu rakyat lebih maklum dan mampu untuk menilai setiap tindakan golongan yang berkepentingan ini," ujar Tian.

Mengenai desas desus yang menyatakan beberapa lagi akan meninggalkan PKR, beliau menganggap kenyataan tersebut datangnya dari mereka yang telah diupah dengan ganjaran tertentu selain untuk membalas dendam.

"Ini yang saya katakan tadi, sekarang adalah masa paling sesuai untuk mendapat ganjaran paling mahal dari BN ketika Anwar masih dalam pembicaraan yang sengaja ditangguh-tangguhkan.

"Tujuan penangguhan ini untuk mengaibkan Anwar selain untuk memperlekeh PKR dan gabungan PR dimata rakyat.' tambah beliau.

Menurut Tian, PKR tetap konsistan dengan dasar-dasar parti dan gabungannya dalam PR.

'Mana-mana pemimpin yang tidak bersetuju dengan dasar-dasar parti dan kesepakatan PR boleh mengadakan perbincangan peribadi dengan mana-mana pimpinan tertinggi parti atau mengambil jalan meninggalkan parti secara berhemah.

Sehubungan itu menurut Tian, PKR bercadang akan menggubal beberapa dasar selepas ini bagi memantapkan parti dan ahli supay tidak lagi terperangkap dengan pemimpin yang mempunyai kepentingan peribadi serta mudah terjebak dengan habuan sogokan.
Artikel penuh ...

Masyarakat perlu ambil tahu jiran tetangga


PARIT BUNTAR, 3 Mac : Kes penderaan ke atas adik Syafia Humairah Sahari mendapat liputan meluas di seluruh media dalam negara ini. Bagi Dewan Muslimat PAS Kawasan Parit Buntar menganggap sikap segelintir masyarakat yang kurang mengambil tahu perihal jiran tetangga menyebabkan banyak kes social seperti penderaan berlaku.

Menurut Ketua Dewan Muslimat PAS Parit Buntar, Ustazah Zabariah Mat Amin, sikap tidak ambil tahu terhadap masalah yang dihadapi jiran tetangga menyebabkan banyak masalah social berlaku. Ambil tahu hal kejiranan bukanlah bermaksud hingga ke masalah peribadi seperti kewangan, masalah kerja sebagainya, akan tetapi kes-kes social seperti penderaan, bersekedudukan, kecurian dan banyak lagi perlu diambil serius.

Janganlah apabila sudah berlaku kes kematian seperti yang berlaku ke atas adik Syafia ini barulah kita hendak menangisi permergiannya, sedangkan penderaan ke atas kanak-kanak ini sudah lama berlaku ke atasnya.

Menurut Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Parit Buntar pula, Ustazah Azizah Awang, beliau berkata inilah kesannya apabila didikan agama tidak diterapkan dalam kehidupan kita. Masalah social yang begitu berleluasa berlaku apabila manusia lalai dan menolak pada hukum yang Allah beri kepada kita. Apa guna kita sambut Maulidur Rasul sekiranya amalan serta sunnah Nabi tidak kita laksanakan.

Ustazah Azizah menyeru supaya ibu bapa, para pendidik serta pemimpin masyarakat memainkan peranan penting dalam usaha membanteras gejala social yang semakin buruk ketika ini. Isu hidup bersekedudukan hingga melahirkan anak luar nikah kini semakin berleluasa, malah semakin bertambah dan akibatnya anak yang tidak berdosa ini menjadi mangsa.

Di dalam hal yang sama, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Parit Buntar, Norijan Omar menggesa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat agar menyusun program kesedaran pentingnya hidup beragama untuk wanita dan keluarga khususnya di luar bandar. Amalan hidup yang berteraskan kepada agama cukup penting bagi mengelakkan gejala social dari terus berlaku.

Gejala bersekedudukan, penderaan terhadap wanita dan kanak-kanak kini bukan sahaja berlaku di kawasan bandar sahaja malah di luar bandar jumlah yang berlaku juga semakin meningkat. Ini berlaku apabila ada dikalangan suami atau bapa yang terlibat dengan gejala dadah menjadikan isteri dan anak-anak sebagai mainan belasahan apabila mereka ketagih dadah.

Terdapat juga kes apabila si suami dipenjarakan kerana masalah dadah, manakala si isteri terpaksa menanggung anak yang ramai malah tidak diberi perhatian oleh masyarakat dan badan berwajib maka mereka bersekedudukan untuk mencari perlindungan serta menyara hidup mereka. Oleh itu satu tindakan segera perlu difikirkan dan diambil bersama agar gejala ini tidak terus membarah.
Artikel penuh ...

testing

tajuk


testing123