
Itu adalah hak beliau untuk pergi ke parti berkenaan. Kenyataannya yang menyatakan pucuk pimpinan tidak konsisten adalah satu tanggapan beliau sahaja.
Kami di PKR tetap utuh dan teruskan perjuangan meskipun menghadapi tekanan hebat daripada ahli-ahli yang lompat parti, kami tetap bersabar dan teruskan dengan apa jua cabaran mendatang.
Memang tindakan Fairuz memberi kesan, tetapi itu adalah sikap mereka yang tidak sabar, kerana membuat keputusan mereka sendiri.”– Pengerusi PKR Perak, Mustafa Kamil Ayub
Bagi pendapat saya, tujuan ahli yang melompat parti ini, bukanlah kerana hilang kepercayaan, tetapi lebih kepada hilang kepentingan. Jika mereka ini faham dan tahu apa erti perjuangan yang sebenarnya, mereka pasti tidak akan berbuat demikian.
Lagipun, jika ingin melompat parti, seharusnya dipastikan bahawa ianya adalah penghijrahan kepada yang lebih baik ataupun kepada parti yang lebih benar perjuangannya. Jelas, penghijrahannya (Fairus), adalah bersifat duniawi dan bukannya atas dasar perjuangan sebenar.
Saya juga yakin bahawa perkara sedemikian tidak mungkin berlaku dalam parti Pas, kerana semua ahlinya memahami bahawa mereka telah memilih perjuangan yang sebenar iaitu memperjuangkan dakwah Islam.” - Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussein
Saya berpendapat, sebab utama yang dikatakan oleh Mohd Fairuz kerana mahu keluar dari PKR disebabkan hilang kepercayaan ke atas pucuk pimpinan parti yang dikatakan tidak konsisten dalam mempertahankan Islam berhubung isu kalimah Allah, beliau perlu mengkaji semula perkara itu.
Kita harus mensucikan akidah kita dengan tidak menafikan wujud Tuhan lain kecuali Allah. Kalau sebagai umat Islam kita mengatakan bahawa hanya orang Islam sahaja boleh menyebut Allah, secara tidak langsung kita mengakui bahawa wujudnya Tuhan lain.
Ini yang dibimbangkan dengan kenyataan Mohd Fairuz dan kenyataan yang dibuat oleh PAS itu telah dipersetujui oleh PKR. Sebabnya di dalam Al-Quran sendiri tidak ada nas yang menyatakan bahawa orang bukan Islam tidak dibenarkan menyebut kalimah Allah. Itulah kedudukan yang paling sahih.
Sehubungan dengan itu, saya merayu kepada beliau supaya mengamati semula apa yang dikatakan beliau itu supaya ia tidak menyimpang daripada akidah sebenar sebagai seorang Islam,”
- Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.SH




PAS Kawasan Parit Buntar ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pengundi yang telah memilih calon dari PAS untuk menjadi Wakil Rakyat untuk pilihanraya kali ke-12 ini.
Tidak ketinggalan juga kepada pendokong PAS dari kaum Cina dan India yang turut sama berganding bahu berkempen demi memenangkan calon BA. Moga-moga kemenangan ini akan memberikan kebaikan dan keselesaan yang lebih baik untuk semua tanpa mengira kaum dan pegangan agama.
Berita ini sambungan isu yang pernah di paparkan oleh laman ini sebelum ini. Kisah penangkapan seorang pensyarah sebuah universiti di Pulau Pinang berkelulusan Doktor Falsafah. Menurut maklumat dari ahli Umno di sini, beliau adalah AJK Umno bahagian Parit Buntar dan dikatakan juga namanya termasuk dalam senarai pilihan untuk calon Barisan Nasional pada pilihanraya akan datang.