Ina adalah laman backup.
Sila ke Laman utama di

http://paspb2.blogspot.com

Tuesday, March 2, 2010

Kelantan kecewa sikap penganjur

KOTA BHARU, 2 Mac : Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fatah Mahmood melahirkan rasa kecewa dengan sikap penganjur perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) yang dikatakan membelakangkan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada upacara melepaskan peserta di sini, semalam.

Abdul Fatah berkata, apa yang berlaku pada majlis pelepasan yang diadakan di hadapan Istana Balai Besar pagi semalam adalah sesuatu memalukan.

“Ia tidak menghormati Tok Guru selaku Menteri Besar dan tuan rumah yang sepatutnya melakukan pelepasan itu,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Sebaliknya majlis pelepasan disempurnakan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Perlumbaan jelajah berbasikal terulung Asia itu memulakan peringkat pertama dari sini ke Kuala Berang sejauh 174.5 kilometer.

Mengulas perkara itu, Abdul Fatah berkata, nama Nik Aziz, selaku tetamu kehormat untuk melepaskan peserta, dimaklumkan kepada beliau pada malam kelmarin.

“Sepatutnya saya dimaklumkan terlebih dahulu jika ada perubahan tetapi ini tidak,” katanya.

Beliau berkata Kerajaan Negeri akan mengutus surat kepada pihak penganjur terhadap insiden itu.

LTDL kali ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan disertai 20 pasukan.

Perlumbaan melibatkan tujuh peringkat sejauh 1,013.9 kilometer untuk merebut hadiah keseluruhan bernilai RM710,650.SH
Artikel penuh ...

Monday, March 10, 2008

Syukur PAS Parit Buntar Mendapat kemenangan

ImagePAS Kawasan Parit Buntar ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pengundi yang telah memilih calon dari PAS untuk menjadi Wakil Rakyat untuk pilihanraya kali ke-12 ini.

Terima kasih juga terutamanya kepada seluruh jentera Parti yang telah bertungkus-lumus semanjak berbulan lamanya dalam menyusun dan menjalankan segala gerak kerja pilihanraya sehinggalah diumumkan kemenangan calon kita.

Image Tidak ketinggalan juga kepada pendokong PAS dari kaum Cina dan India yang turut sama berganding bahu berkempen demi memenangkan calon BA. Moga-moga kemenangan ini akan memberikan kebaikan dan keselesaan yang lebih baik untuk semua tanpa mengira kaum dan pegangan agama.


Reformasi!!
Makkal Sakthi!!
Takhbir!!!
Artikel penuh ...

Tuesday, January 1, 2008

Pensyarah khalwat degil

Berita ini sambungan isu yang pernah di paparkan oleh laman ini sebelum ini. Kisah penangkapan seorang pensyarah sebuah universiti di Pulau Pinang berkelulusan Doktor Falsafah. Menurut maklumat dari ahli Umno di sini, beliau adalah AJK Umno bahagian Parit Buntar dan dikatakan juga namanya termasuk dalam senarai pilihan untuk calon Barisan Nasional pada pilihanraya akan datang.
Jika isu 'tangkap basah' sebelum ini mencemarkan moral dan mencabar konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Paklah, isu kali ini lebih besar lagi. Beliau kelihatan melangkah setapak lagi seolah-olah mencabar Mahkamah Syariah. Mungkin beliau merasakan tiket sebagai AJK bahagian memberikan semacam imuniti dari kuasa Mahkamah Syariah, walaupun sebenarnya Mahkamah Syariah setaraf dengan mahkamah sivil

Apa-apa pun pada 18 Feb nanti Mahkamah Syariah Rendah Timur Laut, Pulau Pinang akan sekali lagi mendengar kes beliau. Apakah nanti akan terbukti memang terdapat semacam imuniti, kita sama-sama nantikan berita selanjutnya.
Artikel penuh ...

Thursday, December 27, 2007

Sah ! Orang India berubah

PARIT BUNTAR (25 Dis.) : Kehadiran ramai orang India semasa ceramah PAS di sini membuktikan satu perubahan pandangan politik orang India. Pertama kali dalam sejarah ceramah yang diadakan di Dataran Purnama Kampung Kedah, orang India hadir seramai itu.

"Sebelum ini orang India ada hadir tetapi dua tiga orang sahaja, tak sangka malam ini mereka datang seramai ini. Semasa kes pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim dulu pun, orang India tak ramai macam malam ini". Beritahu Sdr. Fakhrurrazi bin Haji Khalid AJK PAS Kawasan.

"Sebelum ni pun masa ceramah Mat Sabu di Pusat Tarbiah, ramai orang India hadir malah lebih ramai dari di sini dan itu adalah kali pertama orang India hadir ke Markaz PAS " Jelas beliau lagi.
Ceramah yang sepatutnya disampaikan oleh Tuan Haji Mahfuz Omar telah diganti dengan Ust. Izat bin Shauqi. Tuan Haji Mahfuz Omar tidak dapat berceramah kerana menunggu ibunya yang sedang sakit di hospital. Walaupun Tuan Haji Mahfuz tidak hadir, orang India yang hadir mendengar ceramah ini tidak berganjak sehingga ke akhir program.

Ust. Izat yang merupakan anak kepada Allahyarham Ust. Shauqi Ibrahim bekas ADUN Anak Bukit juga tidak menghampakan pendengar pada malam itu. Beliau telah menjelaskan dengan terperinci sebab-sebab rakyat perlu berubah menolak Barisan Nasional dalam pilihanraya umum ini.

Walaupun masih muda, gaya dan intonasi suara yang tenang dan padu disamping penyampaian isi ceramah yang tersusun berjaya memberi kesan kepada pendengar pada malam itu.

"PAS perlu mengilap bakat penceramah baru seperti Ust. Izat, beliau masih muda dan mampu menjadi pelapis kepada penceramah sedia ada. PAS Kawasan tidak rugi menjemput beliau mengantikan Tuan Haji Mahfuz". Demikian pandangan Sdr. Adhan bin Haji Abdul Rahim Setiausaha PAS Kawasan.

Sementara itu, Lujnah Penerangan PAS Parit Buntar berharap lebih ramai penceramah PAS berceramah menggunakan tayangan slaid bagi menunjukkan fakta dan menarik perhatian pendengar. Pengerusinya Sdr. Bahrain Desa berkata, setakat ini hanya YB Ir. Amiruddin Hamzah yang menggunakan kaedah ini.

Memandangkan ceramah adalah medium penting bagi PAS menyebarkan maklumat isu semasa, maka penceramah PAS perlu bergerak seiring dengan kecangihan teknologi terkini. Pendengar ceramah lebih percaya kepada penceramah yang menyertakan bukti fakta bertulis dan bergambar, dibandingkan dengan penceramah biasa.

Untuk itu semua PAS Kawasan perlu segera menyediakan peralatan yang diperlukan seperti laptop dan LCD projektor di samping tenaga kepakaran menggunakannya. Insyaallah PAS Kawasan Parit Buntar di bawah Lajnah IT sudah bersedia." Ujar Sdr. Bahrain lagi
Artikel penuh ...

XPDC Tebuk Bermotor

PARIT BUNTAR (25 Dis.) : Dewan Pemuda PAS (DPP) kawasan Parit Buntar menganjurkan konvoi bermotor mengibarkan bendera PAS melalui jalan-jalan parit tali air. Konvoi ini telah disertai pemuda-pemuda PAS yang bersemangat mengibarkan bendera PAS di setiap motorsikal yang mereka bawa.

Program XPDC Tebuk ini bermula di Pusat Tarbiyyah PAS Parit Buntar, Titi Serong dan berakhir di Markas PAS Tanjung Piandang. Tuan Haji Harun bin Haji Hashim, Yang Dipertua PAS Kawasan telah sudi melepaskan konvoi ini malah beliau sendiri membawa motor untuk bersama-sama berkonvoi bagi menaikkan semangat pemuda PAS Parit Buntar.

Selain berkonvoi peserta XPDC Tebuk ini melibatkan akitiviti Pertandingan Pancing Puyu, edar risalah BERSIH dan motivasi pemuda. Pertandingan Pancing Puyu diadakan di Parit 50 tidak jauh dari tali air Parit Tok Ngah. Peserta yang sudah bersedia dengan pancing dan umpan tidak membuang masa melepaskan pancing bagi mendapatkan puyu terbanyak.

Sdr. Mohd Jamal bin Mokhtar, Ketua Pemuda Cawangan Parit Tanjung Piandang telah menjuarai pertandingan ini. Sdr. Mohd Saiful dari Cawangan Tebuk Haji Musa dan Sdr. Mazli bin Ahmad dari Cawangan Parit Abas masing-masing mendapat kedua dan ketiga. Pemenang pertandingan ini menerima hadiah semasa majlis ceramah pada sebelah malamnya.

Peserta Konvoi berhenti menunaikan solat Asar berjemaah di Masjid Parit Tok Ngah Darat dan kemudiannya menikmati sedikit jamuan di rumah Bendahari PAS Kawasan Tuan Haji Tyndareus bin Awang di Parit Haji Tahir.

Konvoi bermotor ini berjaya menarik perhatian penduduk kampung yang tinggal di sepanjang jalan talir air dengan kibaran megah bendera Bulan Purnama yang dipasang dibatang pancing masing-masing.

Ketua Pemuda Parit Buntar Sdr. Khairulzami bin Mohammad memberitahu DPP akan menganjurkan satu konvoi bermotor yang lebih besar penyertaannya apabila diumukan pilihanraya nanti.

"Kita akan kumpulkan seluruh anak muda di Parit Buntar sebagaimana yang telah kita buat semasa pilihanraya umum 2004. Pada masa itu, kita telah berjaya mengumpulkan lebih seribu pemuda untuk bersama-sama membaca Ikrar Pemuda Parit Buntar". Jelas Sdr. Khairulzami.

Program XPDC Tebuk ini diakhiri dengan motivasi anak muda yang disampaikan oleh Drs. Khalil Idham Lim bin Abdullah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan. Dalam motivasi tersebut beliau menerangkan secara ringkas sejarah tokoh-tokoh ulama di Parit Buntar. Bagaimana susah payah perjuangan mereka mengembangkan pengaruh PAS yang perlu disambung oleh generasi muda masa kini.
Artikel penuh ...

Monday, December 24, 2007

Lebih 3000 hadiri ceramah Mat Sabu

PARIT BUNTAR ( 21 Dis.) : Ceramah Tuan Haji Muhammad Sabu Naib Presiden PAS menarik kehadiran lebih 3000 pendengar di sini. Ceramah yang diadakan di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein di sini terpaksa menggunakan bantuan skrin besar bagi memuaskan hati pendengar yang jauh dari pentas.

Menurut Sdr. Adhan bin Hj. Abdul Rahim Setiausaha PAS Kawasan, Kehadiran ribuan pendengar ini mungkin disebabkan oleh isu penangkapan Naib Presiden PAS itu di Nibung Tebal yang bersempadan dengan Parit Buntar.

“Mungkin juga kerana Abang Mat tak dapat hadir semasa Ceramah Aidilfitri dua bulan lepas menyebabkan orang ramai tak mahu melepaskan peluang mendengar ceramah beliau.” Jelas Sdr. Adhan.

Drs. Khalil Idham Lim Abdullah Timbalan Yang Dipertua digandingkan dengan Tuan Haji Muhammad Sabu sebagai penceramah pada malam itu. Orang ramai tidak berganjak mendengar kupasan isu-isu politik terkini oleh Tuan Haji Muhammad Sabu selama dua jam.

Yang Dipertua PAS Kawasan Tuan Hj. Harun bin Hj. Hashim berkata, ucapan tahniah dan terima kasih kepada Unit Amal Kawasan yang berjaya mengawal lalu lintas dengan baik.

Sebelum ceramah bermula, Unit IT telah menayangkan ucapan Hj Mohamad Sabu yang dibuat di Markaz Taman Melewar sebaik sahaja dibebaskan yang dimuat turun dari internet. Dalam ucapan tersebut Mohamad Sabu menjelaskan secara terpeinci detik sebelum beliau ditangkap sehinggalah dibebaskan oleh mahkaman dengan ikat jamin.
Artikel penuh ...

Majlis Qurban berjalan lancar

PARIT BUNTAR ( 20 Dis. ) : PAS Kawasan Parit Buntar meneruskan aktiviti tahunan mengadakan Majlis Korban di Pusat Tarbiyyah PAS Kawasan, Titi Serong pada Hari Raya EidulAdha pertama. Sebanyak empat ekor lembu telah dikorbankan pada tahun ini.

Sungguh pun daging korban tidak cukup untuk diagihkan kepada empat orang untuk setiap Cawangan seperti tahun-tahun lepas, setiap Cawangan tetap diagihkan daging korban untuk dua orang.

“Saya memohon maaf kepada PAS Cawangan kerana tahun ini hanya dua orang sahaja menerima daging korban untuk setiap Cawangan. PAS Kawasan akan berusaha mencari lebih banyak lembu untuk dikorbankan pada tahun depan”. Kata Yang Dipertua PAS Kawasan Tuan Hj. Harun bin Hj. Hashim.

Sementara itu, seorang wakil PAS Cawangan yang ditemui memberitahu tidak terkilan menerima daging korban untuk dua orang kerana Majlis Korban ini juga diadakan oleh PAS Cawangan-Cawangan. Banyak daging korban yang akan diterima oleh penerima yang layak menerima daging korban ini.
Artikel penuh ...

testing

tajuk


testing123